THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, March 23, 2010

nasihat utk Kau

Engkau, Dia dan Mereka

Mereka lahir di bumi yg lebat,
membesar di tanah yg basah,
menuntut di bangunan yg terang,
tidur di rumah yg meriah,
berjiran dgn yg x dikenali...

segalanya adlh biasa bg Mereka,
butiran itulah yg Mereka payungi setiap hari,
tanah yg merah itu padang Mereka bersenda gurau,
di celahan itulah Mereka menimba ilmu,
bunyi-bunyian itu lagu yg membuai mimpi,
dan si uniform itulah teman bermain batu...

sedangkan Dia teresak di bumi merdeka,
tertawa di tanah yg menghijau,
belajar di dalam keredupan,
beradu di atas keempukan,
menyorok di sebalik kemajuan...

dikala Mereka menangis hiba, Dia menghembus lega,
dikala Mereka menghamburkan marah, Dia tersenyum sinis,
dikala kekasih Mereka melayang pergi, Dia ketawa penuh dendam,
dikala pertiwi Mereka lebur, Dia bertepuk girang,
namun, lebih banyak Dia memberi
lebih kuat Mereka menghadapinya...

dan bagaimana pula dengan Kau?
Kau gah berkata Merekalah nyawamu,
akan Kau hentikan nafasmu hanya untuk Mereka,
namun Kau kutipkan Dia batu-batu kerikil,
untuk Dia hadiahkan kepada Mereka,
agar Mereka longlai di tanah yang gersang...

wahai Engkau tidakkah Kau sedar?
di atas bumi manapun Mereka tetap darahmu,
hati Mereka sentiasa dekat dengan jiwamu,
meski Kau palingkan wajah menatap Dia
Kau genggam tangannya yang penuh noda,
dengan harapan Dia sentiasa merinduimu...

wahai Engkau celikkan hati bukalah minda,
jangan Kau tertipu antara darah dan emas,
di sini mungkin Kau bahagia bersama Dia,
tapi ingatlah, Mereka akan tetap mencarimu di sana......


hasil nukilan,
7/2/2009
11.49 p.m

0 comments: