THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, August 24, 2016

Ini LangkahKU

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah di petang 21 zulkaedah ni, Allah masih memberiku peluang untuk menghirup angin kering ardul kinanah ini. Indahnya percaturan Ilahi pada diri ini dan pada setiap makhluknya. Ini bermakna sudah cukup 2 bulan aku meluangkan masaku di bumi Malaysia. Meskipun sekejap, namun aku bersyukur kerana aku diberi kesempatan untuk pulang menziarahi dan berbakti kepada keluargaku.

Aku bersyukur juga kepada Ilahi kerana aku diberi kesempatan untuk meluangkan masa setahun lagi bagi menimba ilmu di bumi Anbiya' ini. Bumi yang dikatakan gedung ilmu. Bumi para ulamak. Bumi yang pernah menyaksikan jatuh bangunnya peradaban Islam.

Aku pernah berada di persimpangan dahulu. persimpangan yang jika aku memilih jalan yang satu lagi, tentu hidupku tidak sama sekali dengan apa yang aku lalui sekarang. Dan, sekiranya aku dapat kembali ke persimpangan jalan itupun dan memilih untuk memilih jalan itu, semestinya sudah tidak sama seperti dahulu. Gerak langkahku, degup jantungku, helaan nafasku tidak sama seperti 4 tahun yang lalu. Ketikaku di simpang itu. Begitulah istifadah yang dapat aku ambil daripada pembelajaranku dahulu, literature form4, “the road not taken”. 

Ya Allah! Sesungguhnya inilah jalan yang telahku pilih 4 tahun yang lalu. Aku mengharapkan agar diberi kekuatan dan kesempatan untukku mengutip sebanyak banyak mutiara di bumi ini. Aku teringat pesanan seniorku sebelum tangan ini tegar memilih Mesir sebagai pilihan Universitiku di dalam borang permohonan.

1. Tentukan hala tuju kalian berdasarkan maklumat yang tepat dan jitu.

2. Istikhoroh.

3. Setelah peroleh kata putus, siap siaga untuk menempuhnya.


Ketiga-tiga nasihat ini masih perluku ganggam dengan rapi. Setiap kali bangun dari tidur, perlu aku tentukan hala tujuku. Kerna di bumi Mesir ini terlampau banyak pilihan yang boleh aku pilih. Sama ada perkara yang boleh mendatangkan faedah kepadaku, mahupun yang membawa mala petaka kepadaku selaku Tholabul Ilm.

Ya Rabbi, aku memohon Engkau menuntun jalanku ke arah yang terbaik buatku. Sungguh aku tidak nampak mana yang terbaik buat diriku dek kejahilan diriku sendiri. Aku bermohon dan mengharapkan keampunan dariMu atas kekhilafan diri.

Sekali lagi aku bermohon kepada sahabat mahupun diriku yang membaca post ini di masa hadapan, mohon doakan diriku ini sentiasa di atas landasan kebenaran. Dan tidak tergelincir daripada arah yang sebenar. Sungguh aku takut, kerana aku hanyalah seorang hamba biasa. Yang sering terleka.

Sungguh, ini langkahku.

Islamikbee
24 Ogos 2016
6.19 pm (Mesir)

Tasik Qarun, Fayoum Mesir