THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES
Photobucket

Wednesday, August 31, 2011

FASTAQIM dengan ibadah

[ramadan1.gif]
"wahai orang2 beriman diwajibkan ke atas kamu utk berpuasa, sepertimana diwajibkan ke atas orang2 sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa"

Berlalu dah sudah Ramadhan, setelah sebulan kita berpuasa. Sudah tamat tempoh masa Allah nak uji keikhlasan manusia dalam beribadah selama sebulan. Suatu tempoh yang mana semua syaitan telah diikat, walaupun terdapat pelbagai khilaf pendapat disitu. Namun, madrasah tarbiah yang Allah sediakan untuk hamba-hambanya amat penuh dengan ujian.

adakah kita layak untuk menyambut hari raya? hari kemenangan buat semua umat islam. kemenangan bagi umat yang telah berjaya menjalankan perintah Allah kepada hamba-hambanya.

adakah kita telah dapat menggapai objektif utama Ramadhan?
::mudah-mudahan kamu bertaqwa::

antara ciri2 org yang bertaqwa adalah kita istiqamah dengan apa yang telah kita amalkan sepanjang Ramadhan. Bukan sekadar tekun beribadah ketika Ramadhan semata-mata. Hal ini kerana kita adalah hamba Allah bukannya hamba Ramadhan. Ramadhan hanyalah suatu bulan untuk menguji kita.

FASTAQIM!

Marilah kita sama2 berdoa agar Allah rahmati kita sepanjang Ramadhan yang telah berlalu. Semoga Allah perkenankan permintaan kita untuk bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang.

Akhir sekali, marilah kita bermaaf-maafan di bulan yang mulia ini. Itulah antara perkara sunnah yang dituntut dalam bulan ini bukannya makan besar dan kumpul duit raya.

Sebelum mengundur diri, saya menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf sekiranya ada melakukan sebarang kesilapan.

wallahua'lam..