THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, May 1, 2011

remaja vs hedonisme

Apabila mendengar lumbaan pelajar2 di sekolah dalam melaungkan cheers rumah masing2, melihat video bermuzik yang 'wajib' ditayangkan setiap kali aktiviti dan nyayian lagu yang penuh semangat peserta setiap kali kem diadakan mengingatkan ana tentang satu serangan pemikiran yang dirancang oleh puak2 kafir laknatullah dalam usaha untuk menjatuhkan islam. Hedonisme, yaitu hiburan yang berlebih-lebihan merupakan salah satu bentuk jahiliah moden yang telah berakar umbi dalam masyarakat umat islam. Memang tak dapat dinafikan bahawa hiburan itu tak haram. Sedangkan kalau kita telusuri sejarah2 Islam dahulu kala, para sahabat turut berhibur. Ketika peperangan berlangsung, para muslimah memukul2 gendang dan menyanyi2 untuk membangkitkan semangat mujahidin. Para sahabat juga berhibur dengan syair2 yg memuji dan mengagungkan Allah dan rasul. Hiburan itu tak salah dan tak berdosa, apa yg x dibenarkan adlh hiburan yg melampau2 dan yang melalaikan. Kumpulan nasyid Raihan juga dah bertahun-tahun mengingatkan kita berkenaan hiburan ini dlm lagu mereka.


Berhibur tiada salahnya
kerna hiburan itu indah
hanya pabila salah memilihnya
membuat kita jadi bersalah

Kita sebagai daie ilallah, adakah kita akan terus mengharamkan hiburan 'lagha' kepada anak2 muda yg memang sudah sebati dengan hiburan jenis ini... Ana secara peribadi sangat mengagumi pendekatan TG Nik Abd Aziz dlm usaha beliau menangani masalah ini. Ketika Renggo berjumpa beliau tatkala dia ingin keluar dari dunianya yang lama, apa nasihat TG kepadanya? 'Jangan berhenti drpd menjadi rocker'. Kenapa?? Suatu nasihat yang sangat pelik dan tak munasabah bg seorg ulama utk memberi nasihat yg sedemikian rupa. Namun pemikiran beliau sangat tajam. 'Sampaikanlah dakwah melalui lagu-lagu rock'. Benar, sahabat- sahabat yang dikasihi kerana Allah. Islam bukan untuk alim ulama sahaja. Tapi, Islam untuk semua!! Rockers jgk berhak untuk mndpt dakwah ke arah sinar Islam.


video

Begitulah kita sebagai daie. Sangatlah tdk berhikmah sekiranya kita bertindak utk mencabut kenikmatan hiburan dengan mengharamkannya kepada golongan muda. Sedangkan Allah dgn jelas menyuruh kita utk berdakwah dgn penuh hikmah. Dalam FirmanNya, 'Serulah ke jalan Tuhanmu dgn hikmah dan nasihat yg baik'. Oleh itu, kte hndklah memaksimakan segala peluang yg ada utk berdakwah. Jika kafir laknatullah menyumbat pemuda-pemudi kita dgn budaya hedonisme, kite perlu membelai pemuda-pemudi kita dgn hiburan jga. Tetapi mstilah hiburan yg mengingatkan kita kepada Allah.

Seperti contoh, zikir-zikir harian kita. Jika kita perhatikan, remaja-remaja zaman sekarang tdk gemar utk mengalunkan zikir. Apatah lagi utk menyertai majlis zikir munajat. Kerana apa?? 'Ala bosanlah, nanti mesti mengantuk', 'x naklah gi majlis nangis2'. Kenapa timbul pmikiran begini? Kerana tak wujud kefahaman dan penghayatan terhadap apa yg dialunkan. Jadi, kita sebagai daie jgnlah terus tertutup dgn alunan2 zikir bahasa arab, 'Eish, bacalah bahasa arab punya zikir, baru ada 'zauq' sikit''. Benar bahasa arab itu indah, membuatkan kita rasa 'zauq' dan rasa dekat dengan al-quran. Namun, x semua orang ada kebolehan utk memahami apa yg dilafazkan. Buat apa semua2 tu tp tiada kefahaman dlm zikir yg dialunkan? Jadi, wahai duat sekalian, lakukanlah tajdid dlm dakwahmu. Rasulullah bersabda, 'Didiklah anakmu mengikut zamannya'. Wallaa'lam.

Cukuplah bagiku Tuhanku
di hatiku hanya Allah
cahaya Muhammad Rasulullah
tiada tuhan selain Allah