THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES
Photobucket

Sunday, May 30, 2010

UKHUWAH FILLAH

Ukhuwah Fillah

Album : Generasiku
Munsyid : Suara Generasi
http://liriknasyid.com


Di bumi ini, kita ditemukan
Satu arah, satu perjuangan
Satu aqidah, satu pegangan
Asasnya terjalin ikatan

Ukhuwah fillah, tidakkan musnah
Walaupun ombak walau badai mendesah
Tautan erat tak mungkin patah
Dengan ismullah kita berbai'ah

Bertemu, berpisah
Hanya kerana-Nya semata
Redha Allah kita cari
Moga-moga kita akan dirahmati
Dengan niat yang suci
Bertemu kembali di negeri abadi

Demikian manisnya, mahabbah murni
Limpahan kasih anugerah Ilahi
Terpancar cahaya penuhi hati
An-nur suci dari-Mu Rabbi

Lambaian kasih di bumi ini
Suburi dengan perjuangan hakiki
Bajai ia jangan dicemari
Redha Allah dipohoni

Thursday, May 20, 2010

lesen judi HALAL????

Perjudian adalah satu jenis permainan pertaruhan yang mana pihak yang menang akan meraih wang pertaruhan mereka yang kalah. Tidak dinamakan perjudian jika kedua-dua pihak mencapai kemenangan. Itulah sifat perjudian yang diharamkan di dalam undang-undang Islam. Malah juga dilarang oleh semua agama lain.

BANTAHAN & RASIONAL

Pegeluaran lesen atas alasan untuk mengawal dan mengetahui jumlah wang pertaruhan adalah tertolak di sisi Islam. Sesebuah kerajaan dan pemimpin mestilah lebih kreatif dan bertanggungjawab dalam mencari jalan mengawal perjudian gelap.

Kawalannya bukanlah dengan memberi lesen kerana itu hanya akan lebih memakmurkan gejala tersebut. Tetapi KAWALAN adalah dengan memperkenalkan teknik banteras, hukuman lebih keras dan tahap efisyen yang lebih kemas bagi memerangkap mereka yang terlibat.

Namun apabila lesen diberikan, ia jelas merupakan satu galakan kepada kaki judi dan seterusnya seolah-olah memberi mesej bahawa:

‘Kerajaan ingin tumpang sekaki dalam perjudian mereka"

"Kerajaan ingin turut merasa sedikit imbuhan hasil perjudian mereka yang berjudi, jaid jika lebih ramai berjudi, lebih baik kepada kerajaan untuk mendapat sesuatu"

ANALOGI

Ia seolah-olah kerana kerajaan ingin menbenarkan benda yang tidak benar.

Bolehkah atas alasan mengetahui jumah sebenar & mengawal MAT REMPIT yang berempit di atas jalan raya secara haram, maka KERAJAAN MEMPERTIMBANGKAN PEMBERIAN LESEN MEREMPIT kepada mat rempit di atas JALAN RAYA AWAM. Semua mat rempit mestilah mendaftar dan membayar yuran untuk merempit di atas jalan raya. Bukan LESEN UNTUK merempit di trek lumba dan IA IBARAT memberi LESEN untuk terus merempit di JALAN RAYA.

Merempit di jalan raya awam banyak mudaratnya kepada mat rempit itu sendiri dan juga orang awam. Demikian juga kesnya membenarkan perjudian bola sepak ‘gelap' untuk dijadikan ‘terang' tetap di atas laluan yang memudaratkan orang awam.

JUSTERU

Kerajaan yang bertanggungjawab MESTILAH sentiasa mengurangkan aktiviti negatif di kalangan rakyat, bukannya meraikan dan meluluskannya.

Sedarilah, perjudian hanya akan menjerumuskan rakyat di dalam :-

a- Kancah hutang dan masalah kewangan yang lebih serius. Kita bimbang kecenderungan masyarakat Malaysia yang sukakan skim cepat kaya, yang sering diserbu, diharamkan DAN DISITA oleh kerajaan. Namun peliknya, kini kerajaan seolah ingin membenarkan skim tersebut, perjudian adalah salah satu jenis skim cepat kaya, yang sering membawa kayap.

b- Seterusnya membawa kepada masalah dan krisis rumahtangga. Pergaduhan suami isteri, anak mencuri duit ibu ayah untuk berjudi, suami curi duit isteri dan sebagainya,

c- Kita bimbang, hasil lesen yang diberi, kanak-kanak akan turut serta dalam perjudian khususnya secara online. Dan tiada sesiapa boleh menghalang kerana lesen telah diberi oleh kerajaan dan perbuatan itu tidak lagi dianggap satu kesalahan.

d- Masyarakat tidak progresif kerana menjadi lalai untuk meneka dan bertaruh serta menonton bolasepak secara berlebihan. Kalau dulu penonton hanya ‘excited' untuk melihat pasukan yang disokong, kini, bakal menjadi begitu 'obsess' dan tertekan kerana keputusan perlawanan melibatkan wang yang ditaruh.

e- Mendorong rakyat memfokuskan kepada perolehan keuntungan secara cepat tanpa skill, namun akhirnya kerugian sahaja yang lebih kerap menjelma. Manakan tidak, dalam perjudian, peratusan pihak yang menang sentiasa lebih kecil berbanding yag kalah. Bermakna, jika seorang menang dan bergembira atas kemenangannya, yang kalah mungkin 1000 orang yang berduka cita. Dukacita tersebut mungkin tidak berhenti di situ malah berturutan kepada masalah lain, ibarat ‘domino effect'.

f- Kesan buruk kekalahan; kekalahan boleh yang menyebabkan kemarahan, memandu berbahaya di jalan raya, pergaduhan di dalam rumahtangga, kesan psikologi di tempat kerja menyebabkan kurang produktiviti, mungkin dikejar ‘ALONG' kerana berhutang dengan along untuk berjudi.

g- Pemberian lesen itu seolah menjolok sarang Syaitan, kerana kemungkinan ada individu yang tidak begitu terdorong untuk berjudi kerana merasa sukar dek kerana ia merupakan aktiviti gelap dan salah di sisi undang-undang. Namun akibat lesen tersbeut, dorongannya semakin kuat dan mudah.

NASIHAT

Buat menteri dan pihak berkuasa yang beragama Islam khususnya, sedarilah tegahan Allah :

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا

Ertinya : Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya" ( Al-baqarah : 219)

Dan juga larangan selanjutnya

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Ertinya ; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)

Perlu difahami, hujjah maslahat TIDAK BOLEH digunakan sama sekali dalam hal yang JELAS BERTENTANGAN dengan teks Al-Quran dan Hadis. Tiada maslahat dan tidak termasuk di dalam Maqasid al-Shariah dalam mengharuskan perjudian untuk masyarakat.

Oleh kerana isu perjudian adalah isu ‘Qat'ie di dalam Islam, saya AMAT BERHARAP pihak Salafi, Wahabi, Ahbash, Tradisional Pondok, Tarekat Sufi, Syiah, ahli akademik universiti, tabligh dan semua pihak agar tampil menyatakan pandangan dan bantahan mereka. Paling minima di blog dan website rasmi mereka. Jangan hanya berselisih dan berdebat bertahun-tahun dengan begitu kreatif, tetapi SENYAP SUNYI tanpa kenyataan umum dalam hal sebegini.

Disebutkan di dalam kaedah Fiqhiyyah yang dicatatkan oleh Al-Imam As-Sayuti Al-Shafi'i bahawa 'Tidak diingkari dalam hal yang diperselisihkan (ijtihad ulama), namun sesungguhnya keingkaran (bantahan) adalah pada perkara yang disepakati (haramnya).'( Al-Asbah wa Al-Nazair, kaedah no 35, hlm 292 )

Tanpa syak lagi, perjudian adalah tergolong di dalam perkara yang disepakati secara ijma' berkenaan pengharamannya. Justeru, bantahan kita dan para ulama terhadapnya adalah SANGAT PERLU.

*Sumber: Dipetik dari blog Ustaz Zaharuddin

Friday, May 14, 2010

SPIES belia



Assalamu'alaikum w.b.t,
kat sini ana nk buat promosi satu program skit..
bagi sesiapa yg x pernah dgr pasal spies ni bace la kat pamplet tu.

klau bace tajuk die 'program motivasi' tntu antum rse cam da trlalu slalu mnghadiri prog sprti ni..
tapi prog ni lain dr yg lain.. prog ni btul2 mmnuhi tuntutan rohani kte..
ana amat mnyarankan sahabat2 tuk turut serta sbg persiapan kta utk mnghadapi khdpn di luar yg ckp mncbr.. especially tuk bakal2 stayers..(^^)
prog ni jga akn mmbuka ruang kta tuk bgaul dgn msyrkt mmndgkn psrta yg akn hadir terdiri drpd plbagai background..
n bg plajar/warga negeri yg bkn slangor, ble lg antum nk dpt pluang ni(insyaAllah klau ad rezeki) mmndgkn prog ni adlh prog kjn slangor..
utk pngthuan, trainer tuk spies ni mrupakn org yg btanggungjwb utk mnydiakn modul2 spies sluruh neg slangor n jga mrupakn kolumnis tuk mjlh an-nur(klau x silap la) jga org kuat Solat Center Malaysia.. klau nk tau lbih lnjut leh tgk kat blog Ajarkan Aku Ya Allah.

*jd, bg sesiapa yg bminat leh la cntct no kat atas tu
*atau, bleh jga send details antum kat ana
-0136409843
-bihah_13@yahoo.com
*pnggkutan dsdiakn dr stesen lrt setiawangsa..

Wallahua'lam
-Nabihah-

Tuesday, May 11, 2010

Anak kecil dan RM10

"Ameen! Mari sini, nak!" panggil Ruslan.

Ameen yang sedang khusyuk bermain guli segera mendapatkan ayahnya.

"Kenapa, ayah?" tanyanya.

"Nah, ambil duit ni!" Ruslan memberikan sekeping not RM10 kepada anaknya yang baru berusia 9 tahun itu.

"Koyak duit itu sehingga lumat."

Tanpa membantah, Ameen mengoyak wang kertas itu. Kemudian, Ruslan memberikan pula sebuah bekas yang mengandungi banyak ais potong kepada Ameen.


"Kesemua ais potong ni kamu jual di sekeliling kampung. Dapat hasilnya kamu bawa ke mari," Ruslan memberi arahan yang seterusnya.

Lantas, Ameen keluar dari rumah sambil membawa bekas ais potong itu dan dijaja di sekitar kampung. Peluhnya mencurah-curah mengalir kerana menjual dari pagi sehingga petang. Panas terik langsung tidak dipedulinya kerana matlamatnya untuk mendapatkan hasil jualan itu. Habis sahaja kesemua ais potong itu, Ameen segera menemui ayahnya.

Ruslan mengira jumlah pendapatan hasil jualan itu dan mendapati kesemuanya bernilai RM10. Dia menyerahkan duit itu kembali kepada Ameen kemudian berkata,

"Sekarang kamu koyak duit-duit kertas ini."

"Apa?!"
Ameen ternyata sangat terkejut.

Setelah banyak dia berkorban untuk mendapatkan hasil jualannya, senang-senang saja ayahnya menyuruh dia mengoyak duit-duit jualan itu.

"Tak mahu! Ini hasil titik peluh saya! Mustahil saya akan mengoyaknya!"

***

Mengapa pelik anak kecil bernama Ameen itu? Ayahnya menyuruh dia mengoyak duit-duit yang sama nilainya. Tetapi, Ameen tidak rela mengoyak duit kedua berbanding duit pertama yang diperolehinya. Itulah tamsilannya dalam dunia umat Islam sekarang.

Agama Islam memerlukan pengorbanan. Dengan adanya pengorbanan, seseorang akan berasa memiliki beragama. Kita lihat kisah sebentar tadi. Disebabkan RM10 yang diberikan Ruslan diperolehi Ameen tanpa usaha (pengorbanan), maka Ameen langsung tidak marah ketika mengoyaknya. Tetapi ketika RM10 yang diperoleh dari pengorbanan, susah payah, dan keringat Ameen menjual ais potong, maka dia berasa sangat marah apabila disuruh mengoyaknya.

Hari ini agama Islam yang kita anuti pada umumnya ialah Islam warisan orang tua kita. Kita menganutinya secara langsung sejurus selepas lahir tanpa melakukan pengorbanan. Sehingga ketika agama kita diganggu oleh kekuatan kafir yang mungkar dan zalim, umat Islam hari ini tenang-tenang sahaja. Ketika Islam berganti wajah dan baju mengikuti Yahudi dan Nasrani pun, umat Islam hanya berdiam saja.

Bahkan saat haraga diri umat Islam diinjak-injak oleh kekuatan batil melalui geraka permurtadan oleh zionis Yahudi dan missionaris Kristian, umat Islam hanya berpeluk tubuh. Seandainya proses mendapatkan Dinul Islam ini diperoleh dengan pengorbanan diri dan harta melalui perjuangan dan jerih kepayahan, maka kewibawaan agama Islam akan terjaga. Jika ada puak-puak yang cuba mengusik agama apatah lagi bermaksud untuk menghancurnya, dengan spontan umat Islam akan bergerak membelanya.


Mari kita renung firman ALLAH SWT dalam Surah as-Shaf 61:10-11 yang berbunyi:

"Wahai orang-orang yang beriman mahukah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda kamu dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui ( hakikat yang sebenarnya )".

Seterusnya, Rasulullah SAW ada bersabda:

قِيْلَ يَا رَسُوْلَ اللهِ أَيُّ النَّاسِ أَفْضَلُ، فَقَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُؤْمِنٌ يُجَاهِدُ فِى سَبِيْلِ اللهِ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، قَالُوْا ثُمَّ مَنْ قَالَ مُؤْمِنٌ فِى شِعْبٍ مِنَ الشِّعَابِ يَتَّقِى اللهَ وَيَدَعُ النَّاسَ مِنْ شَرِّهِ

Ditanya orang akan Rasulullah SAW,

" Siapakah manusia yang lebih utama?" Maka jawab Rasulullah SAW "Orang yang lebih utama ialah orang mukmin yang berjihad di jalan Allah dengan diri dan hartanya sendiri." Mereka berkata : "Siapa kemudian?" Bersabda Rasulullah SAW "Orang mukmin yang berada di satu lurah bukit ia takut kepada Allah dan menyeru manusia supaya menjauhi daripada angkara kejahatan."
(Hadis Riwayat Bukhari)

Wednesday, May 5, 2010

SPIES n SOLAT KHUSYU'

Anda mahu mencari jalan menuju Allah? Anda mahu melaksanakan tugasan sebagai khalifah Allah sebaik mungkin? Anda mahu ikuti kursus bersama saya dan rakan-rakan? Sekiranya anda berada di Negeri Selangor dan berusia di antara 18 dan 35 tahun, saya menjemput anda untuk mengikuti PROGRAM SPIES BELIA - sebuah kursus 2 hari bagi meningkatkan Kecerdasan Spiritual, Fizikal, Intelektual, Emosi dan Sosial anda ...

Kursus ini diadakan secara percuma. . Pengangkutan, makanan dan penginapan disediakan secara percuma. Pengangkutan disediakan dari stesen LRT Putra Setiawangsa.

Daftar hari ini kerana tempat terhad.

TARIKH: 22 & 23 Mei 2010 (Sabtu & Ahad)

MASA : 9 pagi (Sabtu) sehingga 2 petang (Ahad)

TEMPAT: Lembah Azwen Resort, Hulu Langat

Daftar hari ini. Telefon Rose 0192267963 / 0196241965

HALAQAH SOLAT KHUSYUK - MEI 2010

Bimbingan Ustaz Yus Ansari - Solat Center Bandung

Tarikh : 28 Mei 2010 (Jumaat) - cuti umum

Masa : Maghrib bersama

Tempat : Dewan Solat Center, 258C, Jalan Bandar 12, Taman Melawati (dekat bank Islam Taman Melawati, atas kedai mentari hijau)

Yuran: Infaq sukarela

Penyertaan: Peserta yang telah menyertai Pelatihan Solat Khusyuk.

Hubungi / sms nama penuh pada 0192267963(Rose) / 0196241965 (Nora)

PELATIHAN SOLAT KHUSYUK

Jangan ketinggalan lagi mengikut Pelatihan Solat Khusyuk. Masukilah alam penuh ketenangan dan kebahagian di dalam solat yang khusyuk dan alami kehidupan yang sangat membahagiakan.

Tarikh: 29 Mei 2010 (Sabtu)

Masa : 9 pagi - 5 petang

Tempat: Dewan Solat Center, 258C, Taman Melawati

Yuran: RM95

Penceramah: Ustaz Yus Ansari - Ketua Umum Solat Center Bandung

Terbuka kepada semua muslimin dan muslimat

Solat Khusyuk Untuk Remaja

Tarikh : 17 Jun 2010 (Khamis)

Tempat: Dewan Solat Center, 258C, Jalan Bandar 12, Taman Melawati

Masa: 9 pagi - 5 petang

Umur: 13 - 18 tahun

Yuran: RM55 (adik-beradik mendaftar RM50)

Hubungi Rose 0192267963/ nora 019624196


Dipetik dr blog Ajarkan aku Ya Allah..

PERBANDINGAN REMAJA MALAYSIA DAN PALESTIN (BHG 2)

Dimana kita, dimana mereka?

Banyak lagi perkara memalukan yang tak mampu kita redahi, bagaimana remaja-remaja dilalaikan dengan program-program realiti televisyen (tv) yang semakin mendapat sokongan akar umbi. Semakin hari semakin bertambah, malahan stesen-stesen di negara ini berlumba-lumba untuk mempromosikan rancangan realiti tv masing-masing yang ternyata bertujuan untuk mengaut keuntungan semata-mata.

Kita disajikan dengan rancangan-rancangan seperti Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Mentor Mencari Cinta, The Most Beutiful, One In a Million dan banyak lagi. Kegilaan terhadap realiti tv ini amat dasyat dan kesan atau pengaruhnya amat menakutkan sekali.

Sebenarnya program realiti tv ini merupakan satu bentuk penjajahan baru ke atas pemikiran umat islam atau “ghazwatul fikr”. Ini merupakan agenda Yahudi dan Nasrani yang mempunyai agenda tersembunyi untuk melemahkan umat Islam melalui serangan pemikiran yang akan mematikan daya tahan, daya juang dan semangat jihad umat Islam. Umat Islam dilekakan dengan program realiti tv ini.

Kemudian artis-artis yang tidak sepatutnya akan dijadikan idola tanpa mengambil kira syariat agama. segala perlakuan, kata-kata, cara hidup dan semuanya akan diikuti untuk dicontohi yang berterusan meletakkan mereka hanya Islam pada nama tanpa mengambil berat tentang agama yang dianuti.

Mereka tidak lagi berminat untuk mengetahui nasib saudara seagama mereka yang tertindas di Palestin atau di Iraq. Mereka lebih senang menangisi penyingkiran peserta AF daripada menangisi nasib umat Islam lain yang dibunuh, disiksa oleh tentera Israel di bumi Palestin.

Tidak ketinggalan juga, Bola Sepak menjadi kegilaan remaja dan belia, menghilangkan semangat tidak kena pada tempatnya. Untuk bangun ditengah malam menyokong pasukan pilihan dengan mengorbankan tidur dapat dilakukan tetapi untuk bangun mendirikan solat malam berapa kerat yang mengamalkannya, sejauhmanakah penekanannya pada remaja-remaja pada zaman moden ini?

Peristiwa ini seakan mengulangi Tragedi 1967, iaitu ketika orang Arab disibukkan dengan sebuah kejohanan bola sepak, Israel menyerang Sinai, menyebabkan dunia Arab dan Islam dimalukan.

Keterlibatan remaja-remaja dan belia dalam kancah zina dan seks terlarang juga sedang menghancurkan institusi sosial di negara kita memalukan negara yang dikatakan Negara Islam contoh kepada dunia. Pergaulan silang jantina yang bebas melampau batas, seks menjadi santapan harian sebagai satu perkara lumrah, apatah lagi dengan pendedahan aurat dan lain-lain tuntutan agama yang sudah hampir dikuburkan.

Kesannya pembuangan bayi merata-rata, pengguguran berleluasa malah mula ada cadangan untuk mewujudkan bank bayi dan sebagainya. Tidakkah hinanya manusia pada ketika ini jika dibandingkan dengan haiwan pun yang menyayangi anaknya. Kehancuran demi kehancuran, penyakit HIV/AIDS akan mula menjadi kebiasaan dan seterusnya menghancurkan tamadun.

Kita lihat statistik pendaftaran anak luar nikah pada 1999-2003 yang mencatatkan bilangan 70430 di seluruh negara. Ini adalah jumlah tidak termasuk yang tidak didaftarkan yang pasti akan meningkatkan jumlah ini yang dicatatkan pada setengah dekad yang lalu. Kini pastinya angka-angka ini sudah jauh meningkat dengan keadaan sosial dan cara hidup remaja di negara kita.

Sedikit demi sedikit jika kita luangkan masa untuk mengkaji dan menilai umat ini, kita akan tersangat malu kerana berani mendabik dada mengatakan berada dalam era nano-teknologi, kemajuan infrastruktur tetapi kehancuran institusi agama dan masyarakat.


Penutup :

Jika Bayi di Malaysia dihina dengan dibuang di dalam tong sampah dalam keadaan masih merah bertali pusat, bayi di palestin pula disanjung akibat syahid ditembak oleh tentera zionis.

Pelajar-pelajar di Malaysia melepak di pasaraya membeli-belah dengan aktiviti merugikan diri agama dan negara, tetapi pelajar-pelajar di Palestin sana mendesak, mendesak tentera yahudi untuk berundur. Mereka relakan diri belajar dibawah muncung senapang kerana ilmu mereka akan gunakan untuk berjuang pada kemudian hari.


Semangat remaja-remaja Malaysia adalah berhibur, gembira dalam keseronokan pergaulan bebas, zina, rokok, arak dan disko. Semangat di Palestin adalah bertempur dengan semangat jihad kerana Allah. Mereka bertempur dengan lastik dan batu berhadapan senjata-senjata berteknologi tinggi dan kereta kebal.

Kematian di Malaysia kerana pecah kepala atau hancur tubuh akibat lumba haram juga jenayah dan gengsterisme tetapi kemalangan menghasilkan maut di Palestin adalah kerana di Bom dalam serangan menghancurkan akidah umat Islam.

Di Malaysia pendedahan aurat kerana inginkan kebebasan, keseronokan didampingi agar dilihat lelaki bukan mahram tetapi di sana dalam keadaan perang dan darurat mereka menjaga aurat dengan cukup tegas.

Jika diteruskan pasti tidak akan berhenti perbezaan yang boleh dinukilkan kerana terlalu banyak bezanya, kadang-kadang tidak layak untuk dibandingkan kerana kemuliaan dan kehinaan cukup jauh taraf dan martabatnya.

Maka bersama-samalah kita berusaha agar lembah kehinaan yang semakin dalam ini dalpat ditimbusi dengan pemantapan akidah, pemahaman islam secara total agar berlaku hijrah dari lembah kehinaan ke puncak kemuliaan, tidak lain tidak bukan dengan taqwa

Selamatkan Agama Islam

Assalamualaikum. Untuk di munafaatkan bersama.


Teks Mufti Perak Menghadap Sultan Perak

Maksud Hadith Rasulullah S.A.W. : "Mereka yang tidak memikirkan masalah umatku BUKAN daripada kalangan umat".


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

HARI Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui enam peguam dan beberapa pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan orang Islam di negara ini.

Taklimat berlangsung selama empat jam setengah. Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian menyembahkan taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya memberi taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini.

Bencana umat Islam

Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina binti Jelani) yang sedang menunggu keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India beragama Kristian.. Dia memohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada Lina Joy dan agama dipadamkan daripada MyKad beliau tetapi Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah daripada Mahkamah Syariah... Lan taran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess and practice his religion).

Kes ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu Ketua Hakim Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian. Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur. Ia membawa implikasi:
i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.
ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai..
iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak lagi kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya. Itulah akibatnya.

Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan itu. Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan Sokongan. Majlis Agama pun dilihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati daripada Islam tiada. Ini berbeza daripada kalangan bukan Islam. Hatta , peguam/pemerhati daripada Kedutaan Kanada , Australia dan Amerika Syarikat pun sanggup datang.

Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersentak setelah saya melaporkan perkara ini.

Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa. Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk.

Gerakan Kristian dan Hinduisme

Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di Singapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayu di Kuala Lumpur. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini.

Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya dicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Orang Islam yang memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. (Sumber : jangkaan Persatuan India Muslim). Bahkan mengikut laporan pihak polis, belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000.. Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai "Ayah Pin itu Tuhan" adalah 14,000 orang. Ini yang menjadikan saya lantang.

Majlis Raja-Raja Bangkitkan:

1) Apa peranan masjid.
2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.
3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang. . .

Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di pintu gereja. Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis, mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan. Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional.

Di Uzbekistan dan China , walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat. Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan penyebaran salam dan kuatkan silaturrahim di samping membaca ayat-ayat suci Al-Quran di dinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika Komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan.

Serangan aqidah di Malaysia

Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat.

Serangan pemikiran.

1) Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam. Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam. Mereka juga wujudkan fakulti-fakulti Islam di universiti Mereka.

2) Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran Islam liberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang daripada sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi.. Tegas mereka, kitab-kitab suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan semula. Dalam kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima oleh para paderi Kristian. Ini yang menjadikan Kristian berpecah kepada berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian daripada mazhab Roman Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula yang dibawa ke dalam dunia Islam.

Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia .. Mereka menguasai universiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS dengan berbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian Islam di universiti-universi ti di Indonesia sudah tidak ada lagi penuntut. Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki sesama lelaki itu sah. Faraid dan Hudud sudah tidak relevan dan harus dibuang. Ini pun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama Indonesia .. Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori oleh intelektual.

Sekarang, di Malaysia pun sudah terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform dengan ditukar namanya kepada Hussin Ab. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam.

Keputusan kes pakai serban Ini ada laporannya dalam semua akhbar. Bagaimana 3 murid Islam memakai serban di sekolah telah diberhentikan dan kes mereka pula kalah di mahkamah. Sedang penganut agama lain kenapa bebas memakai serban dan mengamal agama mereka ? Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya.

Allah jadikan sembahyang berjemaah lima waktu. Ini bertujuan untuk melahirkan ukhwah. Hikmahnya cukup besar. Seorang orientalis buat kajian kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang.. . Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani. Untuk itu, kita perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu. Di Perak misalnya, ada 2,000 tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang diHindukan.. Kini, Filem-filem Bollywood juga digunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia.

Harap kepada siapa?

Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa JAKIM, Jabatan Agama atau pihak kerajaan untuk melindungi kita. Allah tidak amanahkan Islam, al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individu Muslim.

Allah S.W.T berfirman:
"Kami wariskan al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan)."

Peringatan-peringat an Daripada Allah S.W.T.
Tsunami, gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan. Kenapa di Acheh dan Bangladesh ? Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat, tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain.. Bagaimanapun, pada malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di pantai yang berdekatan.

Demikian, sedikit ringkasan.. Wallahu a'lam

Dato' Harussani Bin Zakaria
Mufti DiRaja Negeri Perak

Jika anda masih seorang Islam tolong sampaikan kepada seramai umat Islam demi kepentingan Islam dan survival generasi akan datang..

Monday, May 3, 2010

PERBANDINGAN REMAJA MALAYSIA DAN PALESTIN (bhgn 1)

Pendahuluan :

Bukan setahun dua tetapi pencerobohan haram yahudi ke atas tanah orang Islam Palestin sejak 1948 telah mengubah secara keseluruhan landskap negara berdaulat yang disemai dengan kasih sayang serta menyimpan pelbagai nostalgia silam kini terdedah kezaliman dan penindasan yang berterusan. Sudah sekian lama tidak kelihatan ketenangan dan kedamaian tetapi dipenuhi dengan tangisan dan darah.

Malaysia, antara negara yang majoriti besar adalah umat yang beragama Islam yang semakin hari semakin peka dengan isu kemanusiaan di Palestin kerana dasar akidah dan tanggungjawab sebagai saudara seislam.

Walau apapun yang diperkatakan tiada yang dapat menafikan tunjang kebangkitan dan kekuatan kedua-dua negara ini adalah para remaja dan belia yang akan menjadi pelapis, pelindung dan penerus amanah dakwah dan kepemimpinan negara. Mereka inilah yang akan meneruskan ‘baton’ kepemimpinan mahupun perjuangan menentang kezaliman yang menjadi lubuk serangan pihak musuh.

Berbicara mengenai remaja dan belia ini, umum mengetahui hampir lebih separuh dari populari Malaysia adalah para remaja dan belia ini yang meletakkan Malaysia sebagai negara yang cukup hebat dari segi simpanan aset remaja dan pemuda yang diidam-idamkan kerana potensi yang ada pada diri mereka ini.


Potensi Remaja :

Jika kita selami potensi diri remaja ini jika dibelai, diasah dan ditonjolkan maka tidak ada sesiapapun berani mencabar mahupun berdebat bahkan akan duduk terdiam melihat potensi dan keberanian tersembunyi yang mampu menewaskan jutaan parameter yang lain. Kita lihat dahulu bagaimana antara puluhan kisah, kita renungkan satu kisah yang membuka mata seluruh dunia dengan tindakan cekal seorang remaja dengan pengorbanan agung dalam membuktikan semangat ‘orang muda’ iaitu kisah bagaimana syahidnya Fares Audah, 12 yang merupakan si cilik dari kem pelarian Jabalia di Palestin.

Kisah bagaimana keberanian seorang remaja menyahut panggilan Intifadhah dengan dengan hanya menggunakan batu sebagai senjata untuk mempertahankan bumi anbiya’, tempat di mana menjadi kiblat pertama umat Islam.. Serangan ditujukan bukan kepada burung ataupun kucing tetapi berhadapan dengan kereta kebal Yahudi yang sedang menyerang dan menghancurkan tanah lahirnya.

Itulah rutin harian Fares Audah selepas balik dari sekolah bersama-sama dengan rakan sebayanya. Walaupun ibunya seringkali risau akan tindakanya, tetapi dia menjawab “ kenapa kita tidak boleh menyerang mereka, sedangkan mereka menyerang kita”.

Malah tindakan ini menjadikan ada ketikanya Yahudi takut dan berundur dengan balingan-balingan batu ini. Selepas 40 hari berjihad bertempur dengan kereta-kereta kebal yahudi menjadikan Fares Audah sebagai sasaran ancaman kepada Yahudi.


Ketika tangan kanan kuat menggenggam batu berhadapan dengan muncung kereta kebal Yahudi Laknatullah, tentera Yahudi menggunakan Sniper menembaknya tepat dikepala. Berjayanya pembunuhan Fares Audah disambut dengan parti minum-minum gembira oleh tentera-tentera yahudi meraikan kemenangan mereka ke atas si cilik bertuah yang bergelar As-Syahid.

Itulah kisah pengorbanan agung remaja bukan pada waktu silam tetapi pada ketika ini yang menunjukkan hebatnya remaja-remaja ini hasil didikan dan pemahaman yang betul. Itu kisah terpuji di negara perang yang sudah lama tidak kenal erti kedamaian, kesejahteraan, kasih sayang keluarga yang kurang akibat kematian orang tersayang, tiada sistem persekolahan yang teratur dan seribu macam perkara lagi. Jadi, bagaimana pula dengan remaja di negara kita yang sepatutnya lebih hebat daripada yang diceritaka kerana kita jauh berada dalam keamanan, kedamaian, kekayaan, kesejahteraan, penuh teknologi dan seribu macam lagi keselesaan.


Perbandingan Senario remaja di Malaysia dengan Palestin :

Kita selaku mereka yang peka dan mengambil berat isu ummah ini sudah melakukan sedaya kita dalam menggerakkan kempen-kempen kesedaran isu palestin, menggerakkan usaha mengumpul dana bagi membantu saudara-saudara kita di Palestin, tidak kurang menggunakan kepakaran dalam bidang masing-masing bagi menyampaikan maklumat bagi mendedahkan situasi sebenar yang berlaku di sana.

Bagaimana pula dengan isu remaja-remaja tonggak pelapis kita di Malaysia ini? Jika hanya satu kisah Fares Audah yang dipersembahkan, adakah yang setanding dengannya dalam mempertahankan Islam dan perjuangan di bumi Malaysia tercinta ini?

Semua pihak perlu jelas dengan realiti remaja di Malaysia pada ketika ini yang terlalu dimanjakan dan kurangnya pemfokusan dalam keatas mereka dalam satu sistem atau acuan yang benar-benar mantap dalam membentuk pemahaman, jati diri dan rasa tanggungjawab.

Kita lihat bagaimana pengaruh Hedonisme atau menjadikan falsafah keseronokan dan hiburan sebagai matlamat dalam hidup. Ini telah menjadikan hilangnya nilai-nilai ketimuran dalam setiap tindak-tanduk para remaja . ini belum lagi kisah remaja-remaja pada usia semuda 12 tahun menubuhkan kumpulan Black Metal yang dianggotai oleh rakan-rakan sebaya seperti yang pernah dilaporkan berlaku di Sg. Petani, Kedah. Belum lagi dikira jumlah yang terlibat dengan ajaran-ajaran sesat akibat terlalu menyanjung barat sehingga diawal usia ini ada yang berani menghina tuhan, kencing pada Al-quran, mengamalkan budaya sesat dengan memuja syaitan dan pelbagai lagi perkara-perkara yang tidak masuk akal.


Bagaimana perbandingan antara semangat, wawasan dan ketaatan As-Syahid Fares Audah dengan Remaja di Malaysia pada usia mereka yang sebaya?

Satu persatu kita boleh dirungkaikan, jika di Palestin menuntut ilmu sangat dititikberatkan sehinggakan batu dijadikan pensil, tanah dijadikan kertas dalam kesungguhan anak-anak kecik menuntut ilmu walaupun dalam keadan perang.

Dijadikan dinding bukan binaan-binaan indah tersistem tetapi khemah pelarian yang tidak beratap. Kawasan sekitarnya penuh dengan habuk dan kesan kimia daripada penggunaan senjata yahudi bukannya selesa dengan keaadan berhawa dingin. Mereka mendesak pengganas, tidak dihiraukan perkara lain sehingga belajar dibawah muncung senapang yang sentiasa diacukan kepada mereka.

Lain pula kisahnya dinegara kita, walaupun disediakan dengan sistem yang tersusun, guru-guru yang ramai dan berkelayakan, sumber-sumber dan bahan rujukan lebih daripada mencukupi, kemudahan internet, kawasan pembelajaran yang efektif dan kondusif serta pelbagai kemudahan terus meletakkan remaja-remaja di zon selesa. Apa yang terjadi?

Budaya lepak yang berterusan tanpa sebarang rasa tanggungjawab terhadap ilmu dan masa depan ditambah dengan penglibatan dalam gengsterisme, berjudi, melawan guru, penyalahgunaan dadah, mencabul kehormatan dan pelbagai lagi jika ditunjukkan statistik pasti semua pihak akan terus menuding jari dan menggeleng kepala melihat teruknya tahap pemikiran, pemahaman dan perlakuan sebahagian besar remaja-remaja di Malaysia, sebuah negara penduduk Islam yang membangun.

Ketidakpedulian kepada ilmu agama menjadi faktor paling penting yang mencorakkan remaja-remaja ini ke arah gejala negatif dan jika tidak dirawat segera secara kolektif akan terperosok di lembah kehinaan. Jangan sesekali menganggap pembelajaran matapelajaran Agama Islam pada peringkat rendah dan menengah dengan secara teori untuk menjawab dalam peperiksaan itu sudah mencukupi untuk membentuk jiwa melahir insan berperibadi muslim tanpa penerapan secara total unsur-unsur pemahaman dan pengamalan dengan cara yang sebenarnya.

Adakah kita tidak mengambil iktibar bagaimana dalam keadaan perang yang tersangat dahsyat dalam sejarah dunia, Palestin bersungguh menerapkan ilmu agama dan berjaya melahirkan 15,000 anak-anak Palestin yang hafaz al-Quran.

“Pemimpin kami mendapat tarbiyah daripada Masjid Al-Aqsa dan kami pula mengajar anak-anak Palestin. Musim luruh lalu, kami berjaya lahirkan 15,000 anak-anak Palestin yang hafaz al-Quran.”

Demikian antara petikan kata-kata pemimpin Hamas, Sami Abu Zuhri yang menceritakan antara kejayaan perjuangan pertubuhan Islam itu selain membebaskan bumi Anbia itu daripada rejim Zionis Israel.