THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES
Photobucket

Tuesday, September 18, 2018

Guru Lantikan Sekolah Rendah Agama (SRA)


 اللهم صلى على محمد وعلى آل محمد

Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera 😃

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, cikbee sekarang sudah bertukar status. Tetapi, bukannya bertukar status bujang ye 😉

Di fasa kehidupan yang ini, cikbee kenalah mula rajin-rajinkan diri untuk menulis. Lebih-lebih lagi penulisan yang bermanfaat untuk semua. InsyaAllah.

Untuk sharing kita yang sempoi-sempoi ini, sekadar untuk mengisi kekosongan waktu. Cikbee nak share dengan semua pengalaman cikbee bekerja. Dulu sebelum cikbee mula bertugas, cikbee search tips-tips dalam internet tapi kuciwa. Tak banyak sharing yang ada tentang kerja ni. hoho kerja apa la tu ye..

Actually, cikbee kerja sebagai ustazah. Kebiasaan sharing yang ada, jarang cerita berkaitan profesion ustazah ni. 

Alright! 

Selepas habis degree tempoh hari, cikbee bekerja sementara di sebuah sekolah. Sebagai ustazah ganti. Atau nama lain baginya Guru Lantikan Sekolah. Bukanlah ganti guru bersalin ataupun guru sakit, tetapi memang sekolah itu kekurangan guru. 

Sekolah tempat cikbee berkhidmat itu adalah Sekolah Rendah Agama (SRA) di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Kalau JAWI ni, sekolah yang ada di bawahnya ialah Sekolah Rendah Agama (SRA), Sekolah Integrasi Rendah Agama, JAWI (SIRAJ) dan Sekolah Agama KAFA. Sharing cikbee ini berkisar SRA sahaja ye. Sebab cikbee tiada pengalaman untuk sekolah yang lain & sistem nya juga berbeza.

Untuk pengetahuan semua, bagi guru ganti sekolah SRA adalah di bawah sekolah. Sebab itu dinamakan sebagai Guru Lantikan Sekolah. Berbeza dengan guru ganti Sekolah Kebangsaan adalah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)


Macam mana cikbee boleh dapat guru ganti ni? Cikbee dapat melalui sahabat-sahabat cikbee yang beritahu sekolah sekian-sekian ada mencari guru ganti. Sebab lazimnya SRA ni tidak diiklankan kekosongan tu. Hanya dihebahkan macam tu sahaja.

 Boleh telefon sahaja ke sekolah berkenaan untuk bertanya, jika ada rezeki kalian dapatlah panggilan. Selepas dapat panggilan untuk ke sekolah, cikbee datang untuk berjumpa dengan Guru Besar & PK sekolah. 

Tiada interview apa sangat pun seperti interview guru ganti Sekolah Kebangsaan. GB hanya bertanya tentang kesanggupan dan kesudian untuk mengajar di sekolah tersebut. Serta diterangkan serba sedikit tentang jawatan Guru Lantikan Sekolah ini. 

Cikbee datang bawak sijil macam-macam, tapi GB tak tengok pun sijil-sijil. Hanya serahkan resume & salinan kad pengenalan sahaja.

Guru Lantikan Sekolah dibayar elaunnya daripada Bendahari Sekolah mengikut ketetapan daripada JAWI : 
Elaun untuk sehari RM 54
Elaun untuk separuh hari RM 27

Maksud sehari @ separuh hari tu ialah, sesi pembelajaran bagi SRA ada dua sesi. Bagi guru perlu ada di sekolah pada waktu berikut...
sesi pagi - 7.45 am - 11.15 am
sesi petang - 2.30 pm - 5.30 pm

Jadi, jika kalian datang ke sekolah pada kedua-dua sesi dikira sehari. jika kalian datang pada satu sesi sahaja (pagi @ petang) dikira separuh hari. Faham???

Subjek yang diajar di SRA ini subjek-subjek agama yang biasa kita dengar. Contohnya al-Quran, Hadis, Feqah, Akhlak,  Tajwid, Sirah, Tauhid dll. 

Waktu tu cikbee terus diminta masuk mengajar terus. Tapi, cikbee minta izin datang keesokan hari untuk mula mengajar. Sebab belum betul-betul bersedia nak mengajar waktu tu dan nak selesaikan beberapa urusan dahulu.

Macam itu lah kisahnya hari pertama cikbee menjejakkan kaki ke sekolah tersebut. Untuk pengalaman seterusnya, cikbee akan share lain kali ye. 😊

Assalamualaikum..





1 comments:

Unknown said...

Nak tanya biasa untuk jawatan nie berapa lama ye tempoh. Boleh tahu dulu berapa lama kerja ckgu tu