THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES
Photobucket

Wednesday, August 24, 2016

Ini LangkahKU

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah di petang 21 zulkaedah ni, Allah masih memberiku peluang untuk menghirup angin kering ardul kinanah ini. Indahnya percaturan Ilahi pada diri ini dan pada setiap makhluknya. Ini bermakna sudah cukup 2 bulan aku meluangkan masaku di bumi Malaysia. Meskipun sekejap, namun aku bersyukur kerana aku diberi kesempatan untuk pulang menziarahi dan berbakti kepada keluargaku.

Aku bersyukur juga kepada Ilahi kerana aku diberi kesempatan untuk meluangkan masa setahun lagi bagi menimba ilmu di bumi Anbiya' ini. Bumi yang dikatakan gedung ilmu. Bumi para ulamak. Bumi yang pernah menyaksikan jatuh bangunnya peradaban Islam.

Aku pernah berada di persimpangan dahulu. persimpangan yang jika aku memilih jalan yang satu lagi, tentu hidupku tidak sama sekali dengan apa yang aku lalui sekarang. Dan, sekiranya aku dapat kembali ke persimpangan jalan itupun dan memilih untuk memilih jalan itu, semestinya sudah tidak sama seperti dahulu. Gerak langkahku, degup jantungku, helaan nafasku tidak sama seperti 4 tahun yang lalu. Ketikaku di simpang itu. Begitulah istifadah yang dapat aku ambil daripada pembelajaranku dahulu, literature form4, “the road not taken”. 

Ya Allah! Sesungguhnya inilah jalan yang telahku pilih 4 tahun yang lalu. Aku mengharapkan agar diberi kekuatan dan kesempatan untukku mengutip sebanyak banyak mutiara di bumi ini. Aku teringat pesanan seniorku sebelum tangan ini tegar memilih Mesir sebagai pilihan Universitiku di dalam borang permohonan.

1. Tentukan hala tuju kalian berdasarkan maklumat yang tepat dan jitu.

2. Istikhoroh.

3. Setelah peroleh kata putus, siap siaga untuk menempuhnya.


Ketiga-tiga nasihat ini masih perluku ganggam dengan rapi. Setiap kali bangun dari tidur, perlu aku tentukan hala tujuku. Kerna di bumi Mesir ini terlampau banyak pilihan yang boleh aku pilih. Sama ada perkara yang boleh mendatangkan faedah kepadaku, mahupun yang membawa mala petaka kepadaku selaku Tholabul Ilm.

Ya Rabbi, aku memohon Engkau menuntun jalanku ke arah yang terbaik buatku. Sungguh aku tidak nampak mana yang terbaik buat diriku dek kejahilan diriku sendiri. Aku bermohon dan mengharapkan keampunan dariMu atas kekhilafan diri.

Sekali lagi aku bermohon kepada sahabat mahupun diriku yang membaca post ini di masa hadapan, mohon doakan diriku ini sentiasa di atas landasan kebenaran. Dan tidak tergelincir daripada arah yang sebenar. Sungguh aku takut, kerana aku hanyalah seorang hamba biasa. Yang sering terleka.

Sungguh, ini langkahku.

Islamikbee
24 Ogos 2016
6.19 pm (Mesir)

Tasik Qarun, Fayoum Mesir

Thursday, May 5, 2016

A NEW LIFE- Salam pengenalan ^_^

بِسْمِ اللهِ الرَحْمَنِ الرَحِيمِ


Dengan nama Allah aku bermula dan memulakan sesuatu setiap yang aku inginkan. MasyaAllah, tergerak di hati untuk membuka semula blog yang telah lama bersarang ni. Last post adalah pada awal tahun 2012.. phewww.. dasat... Betapa lamanya aku meninggalkan dunia blog ni, smpai password n id pn x ingat  ^_^"

Bismillah... InsyaAllah azam baru untuk menghidupkan semula blog ni. Aku bukanlah orang yang layak untuk berada di medan dakwah ini. Aku insan yang penuh dosa dan sering melakukan maksiat -semoga Allah mengampunkan dosa hambaNya ini dan membantu aku untuk kekal di dalam perubahan yang baik yang telah aku lakukan- Namun, Allah telah tetapkan bahawa setiap yang beriman harus mengajak orang lain ke arah kebaikan. Apatah lagi diri sendiri kan.. قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا

Ya Allah hanya engkau sahaja yang mengetahui betapa diri ini lemah. Lemah dengan segala ujian yang datang. Jika bukan kerana rahmat dan kasihMu, pasti sudah aku tersungkur binasa. Begitu banyak dosa yang aku lakukan, tapi Engkau tidak pernah berhenti memberi pertolongan kepada aku. Engkau tidak pernah berpaling daripada aku. Kerna aku tahu, Engkau sentiasa ada di sampingku. Memberi hidayah kepadaku tanpa putus asa, meski setiap kali aku terus mengendahkannya dan terus leka dengan maksiat yang aku lakukan. "MAKA NIKMAT MANA YANG AKAN KAU DUSTAKAN!" Ya Allah, aku takut sekiranya aku ditanya persoalan ini sudah pasti hidupku akan diselubungi penyesalan.

Aku tak mengharapkan segala penulisan yang aku tulis di blog ini dibaca atau di follow oleh sesiapa. Biasalah di zaman moden ini, orang lagi gemar untuk membaca di Facebook, Twitter n Insta. Aku menulis hanya sebagai peringatan buat diriku yang sering leka dan alpa. Sebagai rujukan atau muhasabah ketika aku terlalai dengan dunia.

Untuk post pertama ini -buat julung-julung kalinya- tiada tajuk yang khusus pun. Hanya sekadar kalam pengenalan dari aku buat diriku. Buat diriku yang sedang berada di persimpangan. Semoga aku sentiasa melangkah di jalan yang diredaiNya. Amin. Sekiranya aku ataupun kamu membaca post ini, tolong doakan aku.

Terlalu banyak yang ingin aku kongsikan dan ingin aku ceritakan. InsyaAllah, sekiranya aku diberi kesempatan aku akan menulis di post yang akan datang.

Duhai sahabat..
Sekiranya di satu masa, engkau melihat aku tersilap jalan, tolong betulkan arahku.
Sekiranya di satu saat, engkau melihat aku menangis, tolong tenangkan aku.
Sekiranya di satu hari, engkau melihat aku kecewa, tolong berikan aku harapan.
Sekiranya di satu ketika, engkau melihat aku terleka, tolong ingatkan aku.

Ingatkan aku betapa dunia ini hanya sementara.
Ingatkan aku untuk berharap hanya pada yang Esa.
Ingatkan aku bahawa yang kekal hanya di sisiNya.
Ingatkan aku bahawa Allah sentiasa mencintai diriku..
Dan, aku harus membalas cintaNya.

Kerna sahabat..
Aku pernah terleka.
Aku pernah tersilap langkah.
Aku pernah berharap pada yang binasa.
Aku pernah mencintai selain dariNya.

Sungguh, peritnya penyesalan, beratnya perasaan kecewa itu.

Islamikbee
5 Mei 2016
1.20 pm (Mesir)